Filipina ialah sebuah negara membangun di Asia Tenggara, serta salah satu negara perindustrian yang baru di dunia. Pada tahun 2004, negara ini ditempatkan sebagai ekonomi ke-24 terbesar di dunia oleh Bank Dunia, berasaskan pariti kuasa belinya.

Sektor-sektor ekonomi Filipina yang penting termasuk pertanian dan industri, khususnya pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian, serta elektronik dan barang ganti kereta. Kebanyakan industrinya tertumpu di kawasan-kawasan bandar di sekitar metropolitan Manila. Pelombongan juga mempunyai potensi yang besar di Filipina yang memiliki simpanan-simpan kromit, nikel, dan tembaga yang kaya. Gas asli yang baru-baru ini ditemukan berhampiran pulau Palawan juga merupakan suatu tambahan kepada simpanan-simpanan tenaga geoterma, hidro, dan batu arangnya yang besar.